PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN (PKK)

PENDAHULUAN
Industri pembinaan merupakan salah satu industri utama dalam menjana pertumbuhan ekonomi Negara dan memainkan peranan penting dalam memenuhi hasrat kerajaan merealisasikan wawasan 2020. Ianya merupakan industry yang sangat kompetitif dan membabitkan penggunaan tenaga kerja yang ramai.

Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh industry pembinaan ialah kualiti dan produktiviti kerja yang rendah. Salah satu sebab utama kemerosotan kualiti ialah penggunaan tenaga kerja kurang mahir di tapak-tapak binaan.

Sejajar dengan fungsi CIDB dalam Akta 520 iaitu menilai dan memperakui pekerja-pekerja binaan mahir, CIDB telah mengorak langkah untuk memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir sector binaan yang lulus Ujian Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK). Pekerja mahir yang lulus ujian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) CIDB bagi pekerja tempatan atau Perakuan Kemahiran Pekerja Asing (PKPA) bagi pekerja asing dan penduduk tetap. Adalah menjadi matlamat CIDB kelak hanya pekerja yang mempunyai Sijil/Perakuan tersebut layak melaksanakan kerja – kerja yang memerlukan kemahiran di tapak bina.

OBJEKTIF PROGRAM
  • Mempertingkatkan tahap kualiti kerja di tapak binaan.
  • Mengiktiraf dan mempertingkatkan kerjaya pekerja mahir.
  • Memastikan supaya pekerja mahir memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
  • Menggalakkan hanya pekerja binaan yang berkemahiran sahaja bekerja di tapak bina.
  • Mengiktiraf dan meningkatkan bilangan pekerja Mahir Binaan Tempatan sekaligus dapat mengurangkan pengantungan tenaga kerja asing.

 

KUMPULAN SASARAN
  • Pekerja Binaan Tempatan yang ingin ditauliahkan sebagai pekerja mahir.
  • Pekerja Binaan Asing yang ingin melaksanakan kerja-kerja mahir di tapak bina.
  • Penduduk Tetap yang ingin ditauliahkan sebagai Pekerja Mahir Binaan.

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
PEKERJA MAHIR BINAAN TEMPATAN
  • Warganegara Malaysia dan bekerja dalam sector pembinaan.
  • Pemohon perlu mempunyai kad hijau yang masih sah tempoh laku/telah mengemukakan permohonan kad hijau.
  • Tred ujian yang dipohon tidak boleh di tukar kepada tred lain.
PEKERJA MAHIR BINAAN ASING 
  • Mempunyai pas lawatan (kerja sementara) yang sah dalam bidang pembinaan sahaja.
  • Bebas dari kesalahan jenayah atau apa – apa kesalahan perundangan Malaysia.
  • Membuat permohonan tidak lewat daripada 3 bulan (90 hari) sebelum tarikh tamat lanjutan pas lawatan (kerja sementara). CIDB berhak untuk menolak permohonan yang dikemukakan kurang dari tempoh tersebut atau dikenakan penalti.
  • Pemohon perlu mempunyai kad hijau yang masih sah tempoh laku/telah mengemukakan permohonan kad hijau.
  • Tred ujian yang dipohon tidak boleh di tukar kepada tred lain.
  • Majikan /kontraktor mestilah berdaftar dengan CIDB dan pendaftaran masih sah tempoh lakunya.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan surat daripada majikan (kontraktor).
  • CIDB tidak akan memproses permohonan dari pekerja asing yang telah bertukar majikan tanpa mendapat kelulusan untuk pindah ke majikan baru dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terlebih dahulu.
  • CIDB hanya akan berurusan dengan pemohon / wakil yang dilantik oleh syarikat.

 

PUSAT UJIAN KEMAHIRAN (AKREDITASI)
  • Ujian Kemahiran (Akreditasi) akan dijalankan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) seperti berikut:-
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan Akademi Binaan Malaysia Sarawak
  • Ujian Kemahiran (Akreditasi) boleh dijalankan di tapak bina sekiranya memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan oleh pihak CIDB.
PENSIJILAN / PENGIKTIRAFAN
  • Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) CIDB akan dikeluarkan kepada Pekerja Mahir Binaan Tempatan yang lulus ujian dan mempunyai Kad Hijau yang masih sah tempoh laku.
  • Perakuan Kemahiran Pekerja Asing (PKPA) akan dikeluarkan kepada Pekerja Mahir Binaan Asing dan Penduduk Tetap yang lulus ujian dan mempunyai kad hijau yang masih sah tempoh laku.

2017-01-22 (6)

2017-01-22 (7)

PEKERJA MAHIR BINAAN TEMPATAN 

Lengkapkan borang UAP/2010 dan hantar ke mana-mana pejabat CIDB yang berdekatan beserta perkara-perkara berikut:

  • Satu (1) salinan kad pengenalan yang disahkan oleh majikan / CIDB.
  • Satu (1) salinan kad hijau yang masih sah tempoh laku atau mengemukakan borang permohonan bagi yang belum memiliki kad hijau.
  • Satu (1) keping gambar warna, saiz passport.
  • Yuran proses dan Yuran Akreditasi dikecualikan (ditaja oleh CIDB).
  • CIDB berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atu meragukan.
PEKERJA MAHIR BINAAN ASING 

Lengkapkan borang UAP/2010 dan hantar ke mana-mana pejabat CIDB yang berdekatan beserta perkara-perkara berikut:

  • Mengemukakan surat permohonan daripada majikan.
  • Satu (1) salinan pas lawatan (kerja sementara) yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah / CIDB.
  • Satu (1) salinan pasport yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau membawa passport asal untuk pengesahan CIDB.
  • Satu (1) keping gambar warna, saiz passport.
  • Satu (1) salinan kad hijau yang masih sah tempoh laku atau mengemukakan borang permohonan bagi yang belum memiliki kad hijau.
  • Yuran proses sebanyak RM20.00 bagi setiap permohonan.
  • Yuran Akreditasi mengikut tred.
  • CIDB berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau meragukan.
PEKERJA MAHIR BINAAN PENDUDUK TETAP 

Lengkapkan borang UAP/2010 dan hantar ke mana-mana pejabat CIDB yang berdekatan beserta perkara-perkara berikut:

  • Satu (1) salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah / CIDB.
  • Satu (1) keeping gambar warna, saiz passport.
  • Satu (1) salinan kad hijau yang masih sah tempoh laku atau mengemukakan borang permohonan bagi yang belum memiliki kad hijau.
  • Yuran proses sebanyak RM20.00 bagi setiap permohonan.
  • Yuran Akreditasi mengikut tred.

*Pemohon akan dimaklumkan tarikh dan tempat ujian oleh ABM / CIDB.

PENGAMBILAN SIJIL KECEKAPAN KEMAHIRAN (SKK) / PERAKUAN KEMAHIRAN PEKERJA ASING (PKPA) 

Hanya pemohon atau wakil syarikat berkenaan sahaja dibenarkan untuk mengambil SKK atau PKPA. Sijil/Perakuan boleh diambil di pejabat CIDB dengan membawa:

  • Surat makluman keputusan ujian oleh ABM
  • Jika pengambil sijil adalah wakil syarikat, beliau perlu membawa ‘Surat Pemberian Kuasa’. Surat tersebut mestilah:
    • Menyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan wakil syarikat.
    • Menggunakan ‘letter head’ syarikat yang asal yang ditandatangani oleh pemilik syarikat.
    •  Mengandungi nama dan nombor kad pengenalan / nombor passport pekerja yang menduduki ujian.
BERKAITAN SKK / PKPA YANG HILANG 
  • Pekerja yayng memohon gantian sijil hilang adalah diminta menunjukkan bukti dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut sewaktu memohon SKK / PKPA.
    • Membuat laporan polis tentang kehilangan sijil.
    • Mengemukakan surat permohonan kepada CIDB.
    • Mengemukakan salinan SKK / PKPA (jika ada).
    • Membuat satu (1) salinan kad pengenalan.
    • Membuat satu (1) salinan passport yang mengandungi pas lawatan (kerja sementara) yang sah bagi pekerja asing.
    • Bayaran proses sebanyak RM20.00 bagi penggantian sijil kali pertama.
  • Permohonan sijil gantian untuk kali kedua dan seterusnya, bayaran proses RM100.00 akan dikenakan.
  • Sekiranya dokumen-dokumen di atas adalah salinan, ianya hendaklah diakui sah oleh Pesuruhjaya Sumpah / Pegawai Kerajaan A / Stiausaha Syarikat / pihak yang mengeluarkan dokumen berkaitan.

SENARAI TRED PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN (PKK) 

BIL KOD TRED TAHAP YURAN (RM)
A. BUILDING
1 BBR1 Bar Bender – Level 1 Tahap 1 470
2 BLK1 Lightweight Blockwall Installer – Level 1 Tahap 1 470
3 BRL1 Bricklayer – Level 1 Tahap 1 470
4 BLK2 Bricklayer – Level 2 Tahap 2 470
5 BOM1 Building Operation & Maintenance Assistant – Level 1 Tahap 1 470
6 CCT1 Concretor – Level 1 Tahap 1 470
7 DCF1 Fixed Ceiling Assistant Installer – Level 1 Tahap 1 470
8 DCF2 Fixed Ceiling Installer – Level 2 Tahap 2 470
9 DCG1 Demountable Ceiling Installer – Level 1 Tahap 1 470
10 DCG2 Demountable Ceiling Installer – Level 2 Tahap 2 470
11 FWC1 Formwork Carpenter – Level 1 Tahap 1 470
12 PLR1 Plasterer – Level 1 Tahap 1 470
13 PSC1 Skim Coater – Level 1 Tahap 1 470
14 PQL1 Timber Floor Installer – Level 1 Tahap 1 470
15 DCJ1 Carpenter (Joinery) – Level 1 Tahap 1 470
16 TSE1 Timber Structure Erector – Level 1 Tahap 1 470
17 TLR1 Tiler – Level 1 Tahap 1 470
B. CIVIL & STRUCTURE
18 IWP1 Waterproofing Works – Level 1 Tahap 1 470
19 LSC1 Landscape Construction Attendant – Level 1 Tahap 1 470
20 LSC2 Landscape Construction Coordinator – Level 2 Tahap 2 470
21 RWG1 Rainwater Goods Installer – Level 1 Tahap 1 470
22 SNM1 Stone Mason – Level 1 Tahap 1 470
C. MECHANICAL & ELECTRICAL
23 ACD1 *ACMV Ducting Assistant Installer – Level 1 Tahap 1 470
24 ACV1 *ACMV Assistant Installer – Level 1 Tahap 1 470
25 ESC1 *Escalator Installer – Level 1 Tahap 1 470
26 LIF1 *Lift Installer – Level 1 Tahap 1 470
27 LIT1 *Lif Tester – Level 1 Tahap 1 470
28 LIT2 *Lif Tester – Level 2 Tahap 2 470
D. PLANT OPERATION
29 BHL1 *Backhoe Loader Operator – Level 1 Tahap 1 470
30 BHL2 *Backhoe Loader Operator – Level 2 Tahap 2 470
31 COR1 *roller Compactor Operator – Level 1 Tahap 1 470
32 COR2 *roller Compactor Operator – Level 2 Tahap 2 470
33 DZT1 *Track Dozer Operator – Level 1 Tahap 1 470
34 DZT2 *Track Dozer Operator – Level 2 Tahap 2 470
35 EXH1 *Hydraulic Excavator Operator – Level 1 Tahap 1 470
36 EXH2 *Hydraulic Excavator Operator – Level 2 Tahap 2 470
37 GRM1 *Motor Grader Operator – Level 1 Tahap 1 470
38 GRM2 *Motor Grader Operator – Level 2 Tahap 2 470
39 LWH1 *Wheel Loader Operator – Level 1 Tahap 1 470
40 LWH2 *Wheel Loader Operator – Level 2 Tahap 2 470
41 SCR1 *Scrapper Operator – Level 1 Tahap 1 470
E. OIL & GAS
42 PCB1 Protectice Coating Blaster – Level 1 Tahap 1 470
43 PCB2 Protectice Coating Blaster – Level 2 Tahap 2 470
44 PCP1 Protectice Coating Painter- Level 1 Tahap 1 470
45 PCP2 Protectice Coating Painter- Level 2 Tahap 2 470
F. WELDING
46 WAB1 *SMAW – CS PLATE – 1G Welder Tahap 1 450
47 WDH6 *FCAW (SS) Pipe – 1G Welder Tahap 3 500
48 WDF3 *FCAW (SS) Plate – 3G Welder Tahap 2 550
49 WDD7 *FCAW (GS) Plate – 6G Welder Tahap 3 500
50 WDB3 *FCAW (CS) Plate – 3G Welder Tahap 2 450
51 WBD6 *GTAW (CS) Pipe – 6G Welder Tahap 3 500
52 WBB3 *GTAW (CS) Pipe – 3G Welder Tahap 2 450
53 WAD6 *SMAW (CS) Pipe – 6G Welder Tahap 3 500
54 WAB3 *SMAW (CS) Plate- 3G Welder Tahap 2 450
55 WOD6 *GT + SMAW Pipe – 6G Welder Tahap 2 500
56 WAA3 *SMAW (CS) Plate – 3F Welder Tahap 2 450
57 WAD3 *SMAW (CS) Pipe- 3G Welder Tahap 2 450
58 WCD6 *GMAW (CS) Pipe- 6G Welder Tahap 3 500
59 WCB3 *GMAW (CS) Plate- 3G Welder Tahap 2 450
G. INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM (IBS)
60 STF1 Steel Structure Erection & Fabrication – Level 1 Tahap 1 420
61 PCC1 Precast Concrete Installer Tahap 1 420
62 RTT1 Roof Truss Installer (Timber) – Level 1 Tahap 1 420
63 RTT2 Roof Truss Installer (Timber) – Level 2 Tahap 2 420
64 RTL1 Roof Truss Installer (Steel) – Level 1 Tahap 1 420
65 RTL2 Roof Truss Installer (Stell) – Level 2 Tahap 2 420

* tred ujian Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK)  yang tidak dibenarkan bagi pekerja asing sektor binaan

Catatan : kadar yuran yang ditunjukkan di jadual adalah bagi pekerja asing sahaja

TOP