PROGRAM PERANTISAN

TAWARAN MAJIKAN/SYARIKAT MENGIKUTI PROGRAM PERANTISAN INDUSTRI PEMBINAAN CIDB MALAYSIA

 

Salam sejahtera tuan/puan majikan/syarikat,

Bermula tahun 2017, kami, Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan) iaitu sebuah Pusat Latihan & Penilaian Bertauliah CIDB Malaysia, telah dilantik oleh pihak CIDB Malaysia sebagai Penganjur Program Perantisan Industri Pembinaan. Objektif program ini adalah seperti berikut:

  1. Menjayakan inisiatif di bawah CITP dan menyahut pelaksanaan Program Perantisan di bawah RMK-11.
  2. Mendukung matlamat pembangunan negara dalam strategi untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kemahiran industri pembinaan yang akan memberi tumpuan kepada inisiatif meningkatkan pembangunan modal insan berkemahiran dan berpendapatan tinggi.
  3. Memberi peluang kepada perantis mempraktikkan kemahiran yang dimiliki dalam dunia pekerjaan yang sebenar sambil kemahirannya diasah dan digilap selanjutnya dengan pemantauan dan tunjuk ajar tenaga kerja berpengalaman.
  4. Mempersiapkan perantis dengan pelbagai bidang kemahiran teknikal dan bukan teknikal bagi meningkatkan kebolehpasaran (marketibility)sebelum memulakan kerjaya lebih mencabar dalam industri pembinaan.
  5. Membantu meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir dalam industri pembinaan negara dan secara langsung membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia dan graduan serta mengurangkan penggantungan kepada tenaga kerja asing.

Secara ringkasnya, program ini bertujuan untuk mempertemukan pelatih lepasan Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan) dengan majikan/syarikat yang berpotensi dan menepati syarat serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh CIDB, dan dalam masa yang sama membantu majikan/syarikat mendapatkan pekerja tempatan, bertaraf pekerja mahir dan kompeten, serta  telah memenuhi segala keperluan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk bekerja di dalam industri.

Oleh itu, pihak kami TIDAK LAGI akan membekalkan apa-apa maklumat berkenaan pelatih lepasan kami kepada mana-mana majikan/syarikat KECUALI majikan/syarikat yang mengikuti Program Perantisan Industri Pembinaan CIDB Malaysia.

Dengan itu, pihak kami dengan sukacitanya mempelawa, organisasi tuan/puan untuk menyertai program yang tersebut di atas dengan mengisi dan mengembalikan Borang Permohonan Penyertaan Majikan/Syarikat ke Program Perantisan Industri Pembinaan CIDB Malaysia yang dilampirkan melalui:

  1. Email ke hamidah.abmj@gmail.com atau
  1. Faks ke +607-234 5808 (untuk perhatian Pn. Hamidah)

Pihak kami juga mengalu-alukan pihak tuan/puan untuk menghubungi Pn. Hamidah Binti Lamat di talian +6010-547 9019 jika terdapat sebarang pertanyaan.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian dan peluang yang bakal diberi oleh pihak tuan/puan kepada para pelatih lepasan kami.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN LATIHAN KEMAHIRAN

AKADEMI BINAAN MALAYSIA (WILAYAH SELATAN)

 

TOP