PUSAT LATIHAN BERTAULIAH KONTRAKTOR (PLBK)
PENGENALAN
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABMWSN) adalah Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) yang diiktiraf CIDB bagi menjalankan kursus latihan pengurusan kontraktor. PLBK ditauliahkan selama dua (2) tahun dan bertanggungjawab bagi menjalankan kursus latihan pengurusan kontraktor mengikut modul atau sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh CIDB.
KUMPULAN SASARAN
Latihan pengurusan kontraktor PLBK disasarkan kepada :
- Kontaktor yang berdaftar dengan CIDB dari gred G1 hingga G7
- Pemilik syarikat.
- Pengurusan utama syarikat.
- staf syarikat.
KONTRAKTOR YANG BERJAYA MENGHADIRI KURSUS AKAN MEMPEROLEHI :
- sijil kehadiran dan mata CCD sebanyak 40 mata.
- Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) akan diberikan kepada peserta yang lulus ujian penilaian.
- SKP yang dikeluarkan membolehkan kontraktor untuk menambah pengkhususan bidang kerja pada Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor CIDB.
YURAN KURSUS
STATUS | YURAN KURSUS (RM)/PESERTA |
---|---|
Pemegang Kad Hijau yang masih sah | 265 |
Bukan Pemegang Kad Hijau | 530 |
TAJUK KURSUS YANG DITAWARKAN
BIL | KURSUS | TEMPOH |
---|---|---|
1 | KURSUS SISTEM PENGHAWA DINGIN & PENGEDARAN UDARA (M01) | 5 HARI |
2 | KURSUS PEMBINAAN LANSKAP & PADANG PERMAINAN (CE14) | 5 HARI |
3 | KURSUS KERJA BANGUNAN – PENGUBAHSUAIAN (B28) | 5 HARI |