Latar belakang AKADEMI BINAAN MALAYSIA (JOHOR)  SDN. BHD. 

Akademi Binaan Malaysia (JOHOR) Sdn. Bhd., ringkasnya AKADEMI BINAAN MALAYSIA, ditubuhkan pada bulan Mac tahun 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 dan mula beroperasi pada bulan Mac 2000 di Lot 2067 Batu 3 Jalan Tampoi, Johor Bahru, Johor Darul Takzim,  iaitu satu tapak asal kilang menenun kain MWM/TCM.

Penubuhan AKADEMI BINAAN MALAYSIA (JOHOR) Sdn. Bhd., adalah hasil kerjasama pihak CIDB Malaysia melalui CIDB Holdings Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri JOHOR Darul Takzim iaitu Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn. Bhd. Sebuah kompleks yang dibeli berkeluasan tanah secara keseluruhan sebanyak 20 ekar oleh pihak CIDB Malaysia dengan kos selenggaraan bangunan sebanyak RM 10 juta dan siap sepenuhnya pada Ogos 2000. Kampus kekal ini mengandungi prasarana latihan yang lengkap seperti Bangunan Pentadbiran, Dewan Besar, Asrama, Bengkel-bengkel, Surau, Dewan Makan serta Kemudahan Sukan.

Akademi Binaan Malaysia (ABM) adalah pusat penilaian dan latihan CIDB, yang memenuhi keperluan untuk pembangunan dan peningkatan kemahiran untuk pekerja binaan. ABM memberi tumpuan kepada melengkapkan personel binaan dengan kompetensi yang sesuai mengikut standard oleh industri.

MISI

Untuk mengukuhkan struktur institusi dan akan menghasilkan peningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan pembangunan sumber manusia bagi industri pembinaan negara.

VISI

Untuk mengukuhkan pengaturan keinstitusian untuk kerjasama yang mendapat pengiktirafan global.

OBJEKTIF

  • Melahirkan lebih ramai personal binaan mahir dan separuh mahir tempatan.
  • Menyediakan peluang kepada pekerja binaan mempertingkatkan tahap kemahiran.
  • Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, peka keselamatan, mementingkan kualiti dan cekap.
  • Menyokong industri pembinaan, memupuk daya saing selari dengan teknologi yang semakin maju.
  • Membangun dan merintis laluan untuk mengeksport pekerja mahir tempatan ke luar negara.
  • Menyediakan kursus yang lebih terancang dengan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi

 

SISTEM KUALITI

Skop Pelaksanaan

AKADEMI BINAAN MALAYSIA (JOHOR) Sdn. Bhd.  melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti untuk skop ” Pengurusan Program Latihan dan Penilaian Kemahiran Belia & Personnel untuk Program Akreditasi CIDB Malaysia serta Latihan Kemahiran Program Suai Khas Untuk Industri Pembinaan”# berasaskan kepada piawaian MS ISO 9001:2008.

Dasar Kualiti

Pihak Pengurusan AKADEMI BINAAN MALAYSIA (JOHOR)  Sdn. Bhd.  telah menggubal Dasar Kualiti, di mana Dasar Kualiti kami adalah seperti berikut;

“Menjadi Pusat Penyedia Latihan Kemahiran Berteknologi Tinggi dan Berkualiti Bagi  Industri Pembinaan Negara Selaras Dengan Keperluan Industri, dan Pelanggan Secara Profesional untuk Penambahbaikan Berterusan”.

Dasar ini akan dikemaskini dari masa ke semasa menerusi penyemakkan Objektif Kualiti bagi memberi ruang kepada usaha penambahbaikan berterusan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 secara menyeluruh, bersesuaian dengan kehendak AKADEMI BINAAN MALAYSIA (JOHOR )  Sdn. Bhd.   bagi memenuhi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.

Dasar ini akan disebarkan bagi difahami dan dihayati melalui saluran komunikasi yang ada kepada setiap warga AKADEMI BINAAN MALAYSIA (JOHOR )  Sdn. Bhd.

INFORMASI RINGKAS

inforingkas

TOP