Kad Hijau CIDB ialah kad pendaftaran yang dikeluarkan oleh CIDB yang diwajibkan ke atas semua pekerja yang terlibat di dalam aktiviti pembinaan di tapak, dilengkapi butiran kerja dan kemahiran pekerja. Tanpa kad tersebut, mereka tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan pembinaan.
Pemohon mestilah mematuhi syarat di bawah:
Jika Kad Hijau yang hilang tersebut masih sah tempoh, pemohon boleh mendapatkan kad gantian dengan menyerahkan dokumen berikut kepada CIDB:
Jika Kad Hijau didapati hilang selepas tamat tempoh, prosedur untuk mendapatkan kad gantian adalah sama dengan prosedur untuk memperbaharui kad.
Isikan borang UAP 1A/2006 dan hantarkan ke mana-mana pejabat CIDB berserta dokumen berikut:
Penerimaan SKK/PKPA
Berkaitan kehilangan SKK/PKPA
Jika SKK/PKPA didapati hilang, pekerja perlu memohon untuk mendapatkan gantian. Dokumen yang diperlukan ialah:
Jika SKK/PKPA telah hilang buat kali kedua, penalty tambahan sebanyak RM100.00 akan dikenakan. Semua salinan dokumen mestilah disahkan.