MAKLUMAN

Akta (520) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (pindaan) 2011 telah diluluskan oleh parlimen dan telah ditandatangani oleh YB Menteri Kerjaraya untuk dikuatkuasakan.

PETIKAN AKTA CIDB

33A. (1) tiada penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir boleh terlibat atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir melainkan jika dia diakredit dan diperakukan oleh lembaga dan memegang suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh lembaga di bawah akta ini. 33A. (6) mana-mana orang yang mengambil mana-mana penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir yang tidak diakreditkan dan diperakukan oleh lembaga untuk menjalankan apa-apa kerja pembinaan melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM 5,000.00.

PENDAHULUAN

Industri pembinaan merupakan salah satu industri utama dalam menjana pertumbuhan ekonomi Negara dan memainkan peranan penting dalam memenuhi hasrat kerajaan merealisasikan wawasan 2020. Ianya merupakan industry yang sangat kompetitif dan membabitkan penggunaan tenaga kerja yang ramai.

Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh industry pembinaan ialah kualiti dan produktiviti kerja yang rendah. Salah satu sebab utama kemerosotan kualiti ialah penggunaan tenaga kerja kurang mahir di tapak-tapak binaan.

Sejajar dengan fungsi CIDB dalam Akta 520 iaitu menilai dan memperakui pekerja-pekerja binaan mahir, CIDB telah mengorak langkah untuk memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir sector binaan yang lulus Ujian Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK). Pekerja mahir yang lulus ujian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) CIDB bagi pekerja tempatan atau Perakuan Kemahiran Pekerja Asing (PKPA) bagi pekerja asing dan penduduk tetap. Adalah menjadi matlamat CIDB kelak hanya pekerja yang mempunyai Sijil/Perakuan tersebut layak melaksanakan kerja - kerja yang memerlukan kemahiran di tapak bina.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Mempertingkatkan tahap kualiti kerja di tapak binaan.
  • Mengiktiraf dan mempertingkatkan kerjaya pekerja mahir.
  • Memastikan supaya pekerja mahir memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
  • Menggalakkan hanya pekerja binaan yang berkemahiran sahaja bekerja di tapak bina.
  • Mengiktiraf dan meningkatkan bilangan pekerja Mahir Binaan Tempatan sekaligus dapat mengurangkan pengantungan tenaga kerja asing.

KUMPULAN SASARAN

  • Pekerja Binaan Tempatan yang ingin ditauliahkan sebagai pekerja mahir.
  • Pekerja Binaan Asing yang ingin melaksanakan kerja-kerja mahir di tapak bina.
  • Penduduk Tetap yang ingin ditauliahkan sebagai Pekerja Mahir Binaan.

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

PEKERJA MAHIR BINAAN TEMPATAN

  • Warganegara Malaysia dan bekerja dalam sector pembinaan.
  • Pemohon perlu mempunyai kad hijau yang masih sah tempoh laku/telah mengemukakan permohonan kad hijau.
  • Tred ujian yang dipohon tidak boleh di tukar kepada tred lain.

PEKERJA MAHIR BINAAN ASING 

  • Mempunyai pas lawatan (kerja sementara) yang sah dalam bidang pembinaan sahaja.
  • Bebas dari kesalahan jenayah atau apa – apa kesalahan perundangan Malaysia.
  • Membuat permohonan tidak lewat daripada 3 bulan (90 hari) sebelum tarikh tamat lanjutan pas lawatan (kerja sementara). CIDB berhak untuk menolak permohonan yang dikemukakan kurang dari tempoh tersebut atau dikenakan penalti.
  • Pemohon perlu mempunyai kad hijau yang masih sah tempoh laku/telah mengemukakan permohonan kad hijau.
  • Tred ujian yang dipohon tidak boleh di tukar kepada tred lain.
  • Majikan /kontraktor mestilah berdaftar dengan CIDB dan pendaftaran masih sah tempoh lakunya.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan surat daripada majikan (kontraktor).
  • CIDB tidak akan memproses permohonan dari pekerja asing yang telah bertukar majikan tanpa mendapat kelulusan untuk pindah ke majikan baru dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terlebih dahulu.
  • CIDB hanya akan berurusan dengan pemohon / wakil yang dilantik oleh syarikat.

PEKERJA MAHIR BINAAN TEMPATAN 

Lengkapkan borang UAP/2010 dan hantar ke mana-mana pejabat CIDB yang berdekatan beserta perkara-perkara berikut:

  • Satu (1) salinan kad pengenalan yang disahkan oleh majikan / CIDB.
  • Satu (1) salinan kad hijau yang masih sah tempoh laku atau mengemukakan borang permohonan bagi yang belum memiliki kad hijau.
  • Satu (1) keping gambar warna, saiz passport.
  • Yuran proses dan Yuran Akreditasi dikecualikan (ditaja oleh CIDB).
  • CIDB berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atu meragukan.

PEKERJA MAHIR BINAAN ASING 

Lengkapkan borang UAP/2010 dan hantar ke mana-mana pejabat CIDB yang berdekatan beserta perkara-perkara berikut:

  • Mengemukakan surat permohonan daripada majikan.
  • Satu (1) salinan pas lawatan (kerja sementara) yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah / CIDB.
  • Satu (1) salinan pasport yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau membawa passport asal untuk pengesahan CIDB.
  • Satu (1) keping gambar warna, saiz passport.
  • Satu (1) salinan kad hijau yang masih sah tempoh laku atau mengemukakan borang permohonan bagi yang belum memiliki kad hijau.
  • Yuran proses sebanyak RM20.00 bagi setiap permohonan.
  • Yuran Akreditasi mengikut tred.
  • CIDB berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau meragukan.

PEKERJA MAHIR BINAAN PENDUDUK TETAP 

Lengkapkan borang UAP/2010 dan hantar ke mana-mana pejabat CIDB yang berdekatan beserta perkara-perkara berikut:

  • Satu (1) salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah / CIDB.
  • Satu (1) keeping gambar warna, saiz passport.
  • Satu (1) salinan kad hijau yang masih sah tempoh laku atau mengemukakan borang permohonan bagi yang belum memiliki kad hijau.
  • Yuran proses sebanyak RM20.00 bagi setiap permohonan.
  • Yuran Akreditasi mengikut tred.

*Pemohon akan dimaklumkan tarikh dan tempat ujian oleh ABM / CIDB.

SENARAI TRED PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN (PKK) 

TOP