PROGRAM MATA CCD

  • 17/10/2025in CCD

    PROGRAM MATA CCD 2025 BULAN 10/2025

      SEMINAR MATA CCD ATAS TALIAN OKTOBER 2025 Topik: ASAS PENEBATAN PAIP & KESELAMATAN TAPAK BINAAN ZOOM MEETING – ATAS TALIAN Tarikh: 30 OKTOBER 2025 (KHAMIS) Masa: 8:30 AM – 5:00 PM Harga: RM 162.00/Seorang (termasuk 8% SST) Mata CCD: 15 mata/Seorang Link : https://forms.gle/69GEqWdJQF6UBdmw9...

PENGENALAN

Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) adalah sebuah program yang dibangunkan oleh CIDB bagi meningkatkan pengetahuan dan penglibatan kontraktor dalam aktiviti industri pembinaan.

PENGUATKUASAAN PENGUMPULAN CCD

CCD secara rasminya telah dikuatkuasakan secara rasminya pada 1 Januari 2010 dan telah diumumkan kepada industri pembinaan semenjak tahun 2008.  Melalui Pekeliling CIDB Bil. 2/2008, setiap kontraktor perlu mengumpul mata CCD mengikut gred pendaftaran di CIDB.

OBJEKTIF

CCD dilaksanakan dengan objektif seperti berikut :

  • Menggalakkan kontraktor meningkatkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kepakaran dan profesionalisme kontraktor dan industri pembinaan secara umumnya
  • Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kontraktor dalam pelbagai aspek pengurusan projek pembinaan

PESERTA/KUMPULAN SASARAN

  • Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dari Gred G1 hingga G7.
  • Pemilik / Pengarah Syarikat / Pengurusan Syarikat.
  • Pekerja yang dicarum KWSP oleh majikan sahaja.

MATA CCD MENGIKUT GRED PENDAFTARAN

Mata CCD perlu dikumpulkan mengikut gred pendaftaran dan tahun yang ingin diperbaharui seperti berikut:

Gred Mata CCD yang diperlukan bagi Pembaharuan Pendaftaran Kontraktor
1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun
G1 & G2 10 20 30
G3 & G4 20 40 60
G5 & G6 30 60 90
G7 40 80 120

TOP