Sistem Pengurusan Anti-Rasuah dan juga dikenali ISO 37001:2016 diwujudkan untuk menubuhkan rangka kerja korporat untuk mencegah, mengesan dan menyiasat kes-kes berkaitan rasuah. Akademi Binaan Malaysia (Johor) Sdn. Bhd. menepati Sistem Pengurusan Anti Rasuah di bawah piawaian MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS). Pihak Akademi Binaan Malaysia (Johor) Sdn. Bhd. komited untuk mempraktikkan tadbir urus terbaik melalui pengurusan risiko rasuah secara terancang demi memberikan perkhidmatan yang cekap dan berintegriti kepada pihak berkepentingan di samping memastikan kawalan serta penambahbaikan dijalankan secara strategik dan berterusan.
ABM Selatan menetapkan objektif Sistem Pengurusan Anti-Rasuah seperti berikut:
1. Menghapuskan segala bentuk rasuah dengan nilai sifar (0) setahun.
2. Tiada sebarang tolak ansur dan pertimbangan terhadap pesalah laku rasuah dengan memastikan hukuman yang dijatuhkan adalah muktamad.
3. Tempoh masa keputusan penilaian aduan kurang dari lima (5) hari bekerja daripada aduan diterima .