PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN (PKK)
PENDAHULUAN
Industri pembinaan merupakan salah satu industri utama dalam menjana pertumbuhan ekonomi Negara dan memainkan peranan penting dalam memenuhi hasrat kerajaan merealisasikan wawasan 2020. Ianya merupakan industry yang sangat kompetitif dan membabitkan penggunaan tenaga kerja yang ramai.Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh industry pembinaan ialah kualiti dan produktiviti kerja yang rendah. Salah satu sebab utama kemerosotan kualiti ialah penggunaan tenaga kerja kurang mahir di tapak-tapak binaan.
Sejajar dengan fungsi CIDB dalam Akta 520 iaitu menilai dan memperakui pekerja-pekerja binaan mahir, CIDB telah mengorak langkah untuk memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir sector binaan yang lulus Ujian Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK). Pekerja mahir yang lulus ujian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) CIDB bagi pekerja tempatan atau Perakuan Kemahiran Pekerja Asing (PKPA) bagi pekerja asing dan penduduk tetap. Adalah menjadi matlamat CIDB kelak hanya pekerja yang mempunyai Sijil/Perakuan tersebut layak melaksanakan kerja – kerja yang memerlukan kemahiran di tapak bina.
OBJEKTIF PROGRAM
- Mempertingkatkan tahap kualiti kerja di tapak binaan.
- Mengiktiraf dan mempertingkatkan kerjaya pekerja mahir.
- Memastikan supaya pekerja mahir memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
- Menggalakkan hanya pekerja binaan yang berkemahiran sahaja bekerja di tapak bina.
- Mengiktiraf dan meningkatkan bilangan pekerja Mahir Binaan Tempatan sekaligus dapat mengurangkan pengantungan tenaga kerja asing.
KUMPULAN SASARAN
- Pekerja Binaan Tempatan yang ingin ditauliahkan sebagai pekerja mahir.
- Pekerja Binaan Asing yang ingin melaksanakan kerja-kerja mahir di tapak bina.
- Penduduk Tetap yang ingin ditauliahkan sebagai Pekerja Mahir Binaan.
SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
PEKERJA MAHIR BINAAN TEMPATAN
- Warganegara Malaysia dan bekerja dalam sector pembinaan.
- Pemohon perlu mempunyai kad hijau yang masih sah tempoh laku/telah mengemukakan permohonan kad hijau.
- Tred ujian yang dipohon tidak boleh di tukar kepada tred lain.
PEKERJA MAHIR BINAAN ASING
- Mempunyai pas lawatan (kerja sementara) yang sah dalam bidang pembinaan sahaja.
- Bebas dari kesalahan jenayah atau apa – apa kesalahan perundangan Malaysia.
- Membuat permohonan tidak lewat daripada 3 bulan (90 hari) sebelum tarikh tamat lanjutan pas lawatan (kerja sementara). CIDB berhak untuk menolak permohonan yang dikemukakan kurang dari tempoh tersebut atau dikenakan penalti.
- Pemohon perlu mempunyai kad hijau yang masih sah tempoh laku/telah mengemukakan permohonan kad hijau.
- Tred ujian yang dipohon tidak boleh di tukar kepada tred lain.
- Majikan /kontraktor mestilah berdaftar dengan CIDB dan pendaftaran masih sah tempoh lakunya.
- Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan surat daripada majikan (kontraktor).
- CIDB tidak akan memproses permohonan dari pekerja asing yang telah bertukar majikan tanpa mendapat kelulusan untuk pindah ke majikan baru dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terlebih dahulu.
- CIDB hanya akan berurusan dengan pemohon / wakil yang dilantik oleh syarikat.
PUSAT UJIAN KEMAHIRAN (AKREDITASI)
- Ujian Kemahiran (Akreditasi) akan dijalankan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) seperti berikut:-
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara | Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur |
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah | Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah |
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan | Akademi Binaan Malaysia Sarawak |
- Ujian Kemahiran (Akreditasi) boleh dijalankan di tapak bina sekiranya memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan oleh pihak CIDB.
PENSIJILAN / PENGIKTIRAFAN
- Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) CIDB akan dikeluarkan kepada Pekerja Mahir Binaan Tempatan yang lulus ujian dan mempunyai Kad Hijau yang masih sah tempoh laku.
- Perakuan Kemahiran Pekerja Asing (PKPA) akan dikeluarkan kepada Pekerja Mahir Binaan Asing dan Penduduk Tetap yang lulus ujian dan mempunyai kad hijau yang masih sah tempoh laku.
PEKERJA MAHIR BINAAN TEMPATAN
Lengkapkan borang UAP/2010 dan hantar ke mana-mana pejabat CIDB yang berdekatan beserta perkara-perkara berikut:
- Satu (1) salinan kad pengenalan yang disahkan oleh majikan / CIDB.
- Satu (1) salinan kad hijau yang masih sah tempoh laku atau mengemukakan borang permohonan bagi yang belum memiliki kad hijau.
- Satu (1) keping gambar warna, saiz passport.
- Yuran proses dan Yuran Akreditasi dikecualikan (ditaja oleh CIDB).
- CIDB berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atu meragukan.
PEKERJA MAHIR BINAAN ASING
Lengkapkan borang UAP/2010 dan hantar ke mana-mana pejabat CIDB yang berdekatan beserta perkara-perkara berikut:
- Mengemukakan surat permohonan daripada majikan.
- Satu (1) salinan pas lawatan (kerja sementara) yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah / CIDB.
- Satu (1) salinan pasport yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau membawa passport asal untuk pengesahan CIDB.
- Satu (1) keping gambar warna, saiz passport.
- Satu (1) salinan kad hijau yang masih sah tempoh laku atau mengemukakan borang permohonan bagi yang belum memiliki kad hijau.
- Yuran proses sebanyak RM20.00 bagi setiap permohonan.
- Yuran Akreditasi mengikut tred.
- CIDB berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau meragukan.
PEKERJA MAHIR BINAAN PENDUDUK TETAP
Lengkapkan borang UAP/2010 dan hantar ke mana-mana pejabat CIDB yang berdekatan beserta perkara-perkara berikut:
- Satu (1) salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah / CIDB.
- Satu (1) keeping gambar warna, saiz passport.
- Satu (1) salinan kad hijau yang masih sah tempoh laku atau mengemukakan borang permohonan bagi yang belum memiliki kad hijau.
- Yuran proses sebanyak RM20.00 bagi setiap permohonan.
- Yuran Akreditasi mengikut tred.
*Pemohon akan dimaklumkan tarikh dan tempat ujian oleh ABM / CIDB.
PENGAMBILAN SIJIL KECEKAPAN KEMAHIRAN (SKK) / PERAKUAN KEMAHIRAN PEKERJA ASING (PKPA)
Hanya pemohon atau wakil syarikat berkenaan sahaja dibenarkan untuk mengambil SKK atau PKPA. Sijil/Perakuan boleh diambil di pejabat CIDB dengan membawa:
- Surat makluman keputusan ujian oleh ABM
- Jika pengambil sijil adalah wakil syarikat, beliau perlu membawa ‘Surat Pemberian Kuasa’. Surat tersebut mestilah:
- Menyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan wakil syarikat.
- Menggunakan ‘letter head’ syarikat yang asal yang ditandatangani oleh pemilik syarikat.
- Mengandungi nama dan nombor kad pengenalan / nombor passport pekerja yang menduduki ujian.
BERKAITAN SKK / PKPA YANG HILANG
- Pekerja yayng memohon gantian sijil hilang adalah diminta menunjukkan bukti dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut sewaktu memohon SKK / PKPA.
- Membuat laporan polis tentang kehilangan sijil.
- Mengemukakan surat permohonan kepada CIDB.
- Mengemukakan salinan SKK / PKPA (jika ada).
- Membuat satu (1) salinan kad pengenalan.
- Membuat satu (1) salinan passport yang mengandungi pas lawatan (kerja sementara) yang sah bagi pekerja asing.
- Bayaran proses sebanyak RM20.00 bagi penggantian sijil kali pertama.
- Permohonan sijil gantian untuk kali kedua dan seterusnya, bayaran proses RM100.00 akan dikenakan.
- Sekiranya dokumen-dokumen di atas adalah salinan, ianya hendaklah diakui sah oleh Pesuruhjaya Sumpah / Pegawai Kerajaan A / Stiausaha Syarikat / pihak yang mengeluarkan dokumen berkaitan.
SENARAI TRED PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN (PKK)
BIL | KOD | TRED | TAHAP | YURAN (RM) |
---|---|---|---|---|
A. BUILDING | ||||
1 | BBR1 | Bar Bender – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
2 | BLK1 | Lightweight Blockwall Installer – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
3 | BRL1 | Bricklayer – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
4 | BLK2 | Bricklayer – Level 2 | Tahap 2 | 470 |
5 | BOM1 | Building Operation & Maintenance Assistant – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
6 | CCT1 | Concretor – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
7 | DCF1 | Fixed Ceiling Assistant Installer – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
8 | DCF2 | Fixed Ceiling Installer – Level 2 | Tahap 2 | 470 |
9 | DCG1 | Demountable Ceiling Installer – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
10 | DCG2 | Demountable Ceiling Installer – Level 2 | Tahap 2 | 470 |
11 | FWC1 | Formwork Carpenter – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
12 | PLR1 | Plasterer – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
13 | PSC1 | Skim Coater – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
14 | PQL1 | Timber Floor Installer – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
15 | DCJ1 | Carpenter (Joinery) – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
16 | TSE1 | Timber Structure Erector – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
17 | TLR1 | Tiler – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
B. CIVIL & STRUCTURE | ||||
18 | IWP1 | Waterproofing Works – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
19 | LSC1 | Landscape Construction Attendant – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
20 | LSC2 | Landscape Construction Coordinator – Level 2 | Tahap 2 | 470 |
21 | RWG1 | Rainwater Goods Installer – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
22 | SNM1 | Stone Mason – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
C. MECHANICAL & ELECTRICAL | ||||
23 | ACD1 | *ACMV Ducting Assistant Installer – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
24 | ACV1 | *ACMV Assistant Installer – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
25 | ESC1 | *Escalator Installer – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
26 | LIF1 | *Lift Installer – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
27 | LIT1 | *Lif Tester – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
28 | LIT2 | *Lif Tester – Level 2 | Tahap 2 | 470 |
D. PLANT OPERATION | ||||
29 | BHL1 | *Backhoe Loader Operator – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
30 | BHL2 | *Backhoe Loader Operator – Level 2 | Tahap 2 | 470 |
31 | COR1 | *roller Compactor Operator – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
32 | COR2 | *roller Compactor Operator – Level 2 | Tahap 2 | 470 |
33 | DZT1 | *Track Dozer Operator – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
34 | DZT2 | *Track Dozer Operator – Level 2 | Tahap 2 | 470 |
35 | EXH1 | *Hydraulic Excavator Operator – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
36 | EXH2 | *Hydraulic Excavator Operator – Level 2 | Tahap 2 | 470 |
37 | GRM1 | *Motor Grader Operator – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
38 | GRM2 | *Motor Grader Operator – Level 2 | Tahap 2 | 470 |
39 | LWH1 | *Wheel Loader Operator – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
40 | LWH2 | *Wheel Loader Operator – Level 2 | Tahap 2 | 470 |
41 | SCR1 | *Scrapper Operator – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
E. OIL & GAS | ||||
42 | PCB1 | Protectice Coating Blaster – Level 1 | Tahap 1 | 470 |
43 | PCB2 | Protectice Coating Blaster – Level 2 | Tahap 2 | 470 |
44 | PCP1 | Protectice Coating Painter- Level 1 | Tahap 1 | 470 |
45 | PCP2 | Protectice Coating Painter- Level 2 | Tahap 2 | 470 |
F. WELDING | ||||
46 | WAB1 | *SMAW – CS PLATE – 1G Welder | Tahap 1 | 450 |
47 | WDH6 | *FCAW (SS) Pipe – 1G Welder | Tahap 3 | 500 |
48 | WDF3 | *FCAW (SS) Plate – 3G Welder | Tahap 2 | 550 |
49 | WDD7 | *FCAW (GS) Plate – 6G Welder | Tahap 3 | 500 |
50 | WDB3 | *FCAW (CS) Plate – 3G Welder | Tahap 2 | 450 |
51 | WBD6 | *GTAW (CS) Pipe – 6G Welder | Tahap 3 | 500 |
52 | WBB3 | *GTAW (CS) Pipe – 3G Welder | Tahap 2 | 450 |
53 | WAD6 | *SMAW (CS) Pipe – 6G Welder | Tahap 3 | 500 |
54 | WAB3 | *SMAW (CS) Plate- 3G Welder | Tahap 2 | 450 |
55 | WOD6 | *GT + SMAW Pipe – 6G Welder | Tahap 2 | 500 |
56 | WAA3 | *SMAW (CS) Plate – 3F Welder | Tahap 2 | 450 |
57 | WAD3 | *SMAW (CS) Pipe- 3G Welder | Tahap 2 | 450 |
58 | WCD6 | *GMAW (CS) Pipe- 6G Welder | Tahap 3 | 500 |
59 | WCB3 | *GMAW (CS) Plate- 3G Welder | Tahap 2 | 450 |
G. INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM (IBS) | ||||
60 | STF1 | Steel Structure Erection & Fabrication – Level 1 | Tahap 1 | 420 |
61 | PCC1 | Precast Concrete Installer | Tahap 1 | 420 |
62 | RTT1 | Roof Truss Installer (Timber) – Level 1 | Tahap 1 | 420 |
63 | RTT2 | Roof Truss Installer (Timber) – Level 2 | Tahap 2 | 420 |
64 | RTL1 | Roof Truss Installer (Steel) – Level 1 | Tahap 1 | 420 |
65 | RTL2 | Roof Truss Installer (Stell) – Level 2 | Tahap 2 | 420 |
* tred ujian Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK) yang tidak dibenarkan bagi pekerja asing sektor binaan
Catatan : kadar yuran yang ditunjukkan di jadual adalah bagi pekerja asing sahaja