shadow
<strong>Latihan Kompetensi Kemahiran (Belia)</strong>

⌂ Sepenuh masa
⌂ Berumur 18 hingga 35 Tahun
⌂ Warganegara Malaysia
⌂ Boleh Membaca, Menulis & Mengira.
⌂ Tidak pernah mendapat tajaan dari CIDB

<strong>Latihan Kompetensi Kemahiran (Personel Binaan)</strong>

● Separuh masa
● Berumur 18 hingga 55 tahun
● Warganegara Malaysia
● Memiliki kad hijau yang masih sah
● Pengalaman 6 bulan dalam bidang

<strong>Penilaian Kompetensi Kemahiran CIDB Malaysia</strong>

⌂ Penilaian amali 1 hari
⌂ Pekerja tempatan dan asing
⌂ Menguji tenaga kerja
⌂ memenuhi Akta 520

<strong>Latihan Suai Khas / Customised</strong>

● Berasaskan kehendak & keperluan pelanggan.
● Pekerja mahir tempatan dan asing.
● Pengiktirafan berkemahiran

TESTIMONI DARI BEKAS PELAJAR DI ABM

Wan Mohd Faddly bin Mohd Zaid bukanlah pelajar yang cemerlang. Keputusan PMR dan SPM tidak secerah rakan-rakan yang lain. Ketika itu, fikirannya hanya tertumpu untuk sekadar menghabiskan sahaja persekolahan, dan segera bekerja agar dapat membantu keluarga. Bekerja di ladang kelapa sawit, di kilang kayu, di kedai cuci kereta, macam-macam yang telah Wan cuba. Namun di hatinya, sentiasa terpahat niat dan berusaha demi masa depan yang lebih baik, demi memperjuangkan nasib keluarga. Akhirnya, pada tahun 2014, cerita tentang Abm (Wilayah Selatan) sampai ke pengetahuannya melalui seorang rakan. Dengan hanya berbekalkan RM50, Wan tekad ke Johor Bahru untuk menjadi seorang pelatih Gas Pipe Insulation. Tempoh latihan 3 bulan berlalu pantas, Wan telah pun memulakan perjalanan kerjayanya. Bermula sebagai seorang Helper, kepada Tinsmith, kepada Fabricator, kepada Foreman, dan 8 tahun kemudian, iaitu sekarang, Wan adalah seorang Insulation Supervisor yang berpendapatan RM8,000 sebulan.

WAN MOHD FADDLY BIN MOHD ZAID

INSULATION SUPERVISOR
Merupakan pelatih lepasan ABM Wilayah Selatan bagi kursus Wireman ( PW 1 ) sesi latihan 2006 -2007. Menjadi Pengarah kepada syarikat sendiri bermula tahun 2010 di bawah nama Ideamech Sdn Bhd. Jumlah pendapatan syarikat setahun RM 100,000 hingga RM 200,000.

MOHD HAFIZ BIN MD ZAHAR

PENGARAH
Menyandang jawatan Eksekutif Teknikal di MRCB Building Service Division berpengkalan di Kuala Lumpur. Pendapatan bulanan diantara RM 3,000 – RM 4,000 sebulan.

MOHD FAIRUZ BIN ZAINAL ABIDIN

EKSEKUTIF TEKNIKAL

ADI IRMAN BIN ABDUL GHANI

PENGARAH SYARIKAT
Menjadi Pengarah kepada syarikat sendiri iaitu AD Sejati Enterprise semenjak 2003.
RAKAN KERJASAMA

DAFTAR SEKARANG

Untuk sesiapa yang berminat belajar kemahiran untuk meningkatkan peluang kerja di industri, anda boleh memohon kursus-kursus di Akademi Binaan Malaysia melalui sistem CIMS CIDB

Dikuasakan Oleh

TOP