Kelayakan Dan Pengiktirafan
Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir dan layak berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). JKKP berhak untuk menentukan syarat pendaftaran mengikut kesesuaian.
Kandungan Kursus
- Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja / bengkel dan asas bantuan kecemasan
- Pemilihan komponen perancah
- Amalan-amalan keselamatan diri / persekitaran / peralatan di tapak binaan
- Kerja-kerja pembinaan perancah jenis putlog, independent, tower, birdcage dan trestle
- Mengangkat dan menurunkan komponen perancah secara manual dan mekanikal
- Pemasangan perancah komponen keselamatan / sistem tupang
- Menanggalkan komponen keselamatan / sistem tupang
- Menanggalkan perancah jenis putlog, independent, tower, birdcage dan trestle
