PW4

Pendawaian Elektrik Fasa Tiga

Kelayakan Dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Satu (PW2) dari Suruhanjaya Tenaga (ST). ST berhak untuk menentukan pendaftaran mengikut kesesuaian.

Kandungan Kursus
  • Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja/bengkel dan asas bantuan kecemasan.
  • Akta Bekalan Elektrik 1990
  • Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan IEE-edisi 16
  • Pertolongan cemas
  • Pengetahuan asas elektrik
  • Jenis, kegunaan dan pemilihan kabel
  • Pengujian dan alat pengujian
  • Alat pengukur elektrik
  • Perkakas suis dan papan agihan satu fasa
  • Perlindungan litar dan penggunaannya
  • Sistem pendawaian, pembumian dan perlindungan kilat.
Syarat Permohonan Belia
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Minima menduduki peperiksaan SPM atau setaraf dengannya
  • Berumur 17–35 tahun bagi Program Belia
  • Memiliki Sijil Single Phase Electrical (PW1/ PW2) daripada Suruhanjaya Tenaga
Syarat Permohonan Personel Binaan
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat Tubuh Badan
  • Boleh Membaca, Menulis & Mengira (3M)
  • Berumur 18 – 55 Tahun
  • Tajaan kepada pemiliki Kad Hijau yang Masih Sah dan berstatus Pelatih Binaan & Pekerja Binaan sahaja.
  • Memiliki 6 Bulan Pengalaman Dalam Bidang Berkaitan.
  • Memiliki Sijil Single Phase Electrical (PW1/PW2) daripada Suruhanjaya Tenaga bersama pengalaman setahun dan mempunyai buku log
  • Jika pernah mendapat tajaan CIDB, permohonan seterusnya mestilah selepas 6 bulan dari kursus yang terdahulu.
Senarai Semak Dokumen yang Diperlukan
  • Borang ST(PE)1 Pind. 4/2007 telah dilengkapkan
  • Gambar 3 keping
  • Salinan Mykad
  • Salinan Sijil Tamat Tingkatan 5 / SPM
  • Surat Pengesahan Majikan
  • Lampiran Pengalaman Kerja
  • Penyata KWSP @ SOCSO
  • Sijil PW2/A0/A1 (Jika memohon PW4/A1/A4)
  • Salinan Sijil Pendaftaran Kontraktor Elektrik daripada ST
  • Salinan Resit Pendaftaran Orang Kompeten (Jika ada PW atau PJE)
  • Salinan Kad Hijau
TOP