PROGRAM PLBK

PENGENALAN

Apakah PLBK?
Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) adalah sebuah pusat latihan yang diakredit oleh CIDB bagi melaksanakan program latihan pengurusan.  Ini merupakan salah satu inisiatif CIDB bagi meningkatkan dan menyampaikan pengetahuan kepada kontraktor tempatan. Peserta yang telah tamat dengan jayanya akan memperolehi Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP).

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABMWSN) adalah Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) yang diiktiraf CIDB bagi menjalankan kursus latihan pengurusan kontraktor. PLBK ditauliahkan selama dua (2) tahun dan bertanggungjawab bagi menjalankan kursus latihan pengurusan kontraktor mengikut modul atau sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh CIDB.

KUMPULAN SASARAN

Latihan pengurusan kontraktor PLBK disasarkan kepada :

  • Kontaktor yang berdaftar dengan CIDB dari gred G1 hingga G7,
  • Pemilik Syarikat,
  • Pengurusan Utama Syarikat,
  • Personel Pentadbiran,
  • Pengurus Projek,
  • Penyelia Tapak,
  • Ahli Akademik,
  • Pelajar.

KONTRAKTOR YANG BERJAYA MENGHADIRI KURSUS AKAN MEMPEROLEHI :

  • sijil kehadiran dan mata CCD sebanyak 25 mata.
  • Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) akan diberikan kepada peserta yang lulus ujian penilaian.
  • SKP yang dikeluarkan membolehkan kontraktor untuk menambah pengkhususan bidang kerja pada Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor CIDB.

TAJUK KURSUS YANG DITAWARKAN

BIL KURSUS TEMPOH
1 KURSUS SISTEM PENGHAWA DINGIN & PENGEDARAN UDARA (M01) 5 HARI
2 KURSUS PEMBINAAN LANSKAP & PADANG PERMAINAN (CE14) 5 HARI
3 KURSUS KERJA BANGUNAN – PENGUBAHSUAIAN (B28) 5 HARI
4 SITE SAFETY SUPERVISOR (SSS) 10 HARI
5 SITE SUPERVISOR (CIVIL & STRUCTURE) 12 HARI
6 SAFETY & HEALTH OFFICER (SHO) 22 HARI
7 TRAFFIC MANAGEMENT OFFICER (TMO) 4 HARI

TOP