MAJLIS AMANAT TAHUN 2023

HOTEL JEN PUTERI HOUBOUR JOHOR BAHRU

MAJLIS GRADUASI TAHUN 2022

AKADEMI BINAAN MALAYSIA & CIDB TECHNOLOGIES

(WILAYAH SELATAN)

PROGRAM QURBAN ABM (WILAYAH SELATAN) 2022

Tarikh : 12/07/2022 (Selasa)
Masa : 8.00 am
Tempat : Dewan Makan

Tentatif :
8.00 am - Sarapan Pagi & Rewang
9.00 am - Jangkaan tiba Lembu Qurban
- Gotong-royong Melapah Daging & Rewang
- Pembahagian Daging Qurban
1.13 pm   - Solat Zohor
- Makan Tengahari
- Selesai

PROGRAM CSR 2022 - BANTUAN PASCA BANJIR

Tarikh : 12 & 13 Jan 2022
Tempat : Kawasan DUN Buloh Kasap, Segamat

SEGAMAT: ‘Program CSR ABM (Wilayah Selatan) 2022 - Bantuan Pasca Banjir’ telah berlangsung pada 12 dan 13 Januari 2022 di kawasan DUN Buloh Kasap.
Operasi pembersihan 5 buah kediaman dan sebuah surau yang terkesan akibat bencana banjir tersebut, melibatkan sukarelawan seramai 7 warga kerja yang terdiri daripada pengajar dan pentadbir, serta 16 pelatih ABM (Wilayah Selatan). Turut digerakkan adalah 3 buah kenderaan pacuan 4 roda, dan 2 buah kenderaan MPV bagi membawa sukarelawan serta peralatan pembersihan.
Sebagai pusat latihan dan penilaian milik kerajaan, ABM (Wilayah Selatan) menyahut saranan kerajaan agar semua agensi di bawahnya berperanan menyumbang bantuan kepada masyarakat awam yang terkesan dengan bencana banjir yang telah melanda negara.
Program CSR pada hari tersebut menerima lawatan ADUN Buloh Kasap, YB Dato' Zahari bin Sarip. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Operasi, ABM (Wilayah Selatan), Tn. Hj. Mohd Zaidi bin Rahmat yang berbesar hati menyampaikan bantuan barangan keperluan pembersihan kepada 7 buah keluarga yang terkesan.
Manakala pada 14 Januari 2022, Ketua Pegawai Operasi, ABM (Wilayah Selatan) bersama beberapa pengajar dan pentadbir telah berkunjung ke kediaman 2 pelatihnya di Klang, Selangor yang turut menerima nasib yang sama. Dalam pertemuan yang singkat tapi bermakna itu, Tn. Hj. Mohd Zaidi bin Rahmat sempat menyantuni ahli keluarga pelatih di samping menyampaikan bantuan berupa tunai dan barangan keperluan pembersihan dengan harapan ianya dapat membantu meringankan beban keluarga pelatih yang terkesan di samping menaikkan semangat mereka untuk menjalani kehidupan seperti sediakala.
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” - Al-Insyirah : 6
ABM prihatin. Keluarga Malaysia.

Oleh Mohammad Rafee A. Rashid
Eksekutif Kanan
Bahagian Korporat & Pemasaran
Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan)
rafeerashid.abm@gmail.com / rafeerashid@cidbabm.com.my

Lawatan Audit Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH)

Tarikh : 23 Disember 2021

Audit Stage 2 Persijilan ISO 9001:2015

Tarikh : 7 Disember 2021
2 Juruaudit Luar daripada Badan Persijilan -
Platinum Shauffmantz Veritas
YBhg. Dato' A. Aziz Mat dan
En. Adam Sukarno Majuri

LAWATAN SM FOON YEW, KULAI BERSAMA WAKIL PERSATUAN PEMBINAAN JOHOR

11 JUN 2018 DI KOMPLEKS CIDB NEGERI JOHOR

LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT

04 APRIL 2018 DI KOMPLEKS CIDB NEGERI JOHOR

TOP