SCF1

Pemasangan Perancah / Scaffold Erection (LV1)

Kelayakan Dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir dan layak berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). JKKP berhak untuk menentukan syarat pendaftaran mengikut kesesuaian.

Kandungan Kursus
  • Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja / bengkel dan asas bantuan kecemasan
  • Menyediakan komponen dan kelengkapan perancah.
  • Mendiri dan memasang tangga rangkak, perancah bebas dan perancah putlog.
  • Mendiri dan memasang struktur laluan/tanjakan dan jaring keselamatan.
  • Menanggalkan perancah bebas, perancah menara (mudahalih / statik), perancah tresel, scaffolding with return, sangkar burung, jaring keselamatan dan perancah putlog.
  • Mengalihkan laluan, tanda keselamatan perancah dan sangkar burung perancah.
Syarat Permohonan Belia
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Minima menduduki peperiksaan SPM atau setaraf dengannya
  • Berumur 17–35 tahun bagi Program Belia
Syarat Permohonan Personel Binaan
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat Tubuh Badan
  • Boleh Membaca, Menulis & Mengira (3M)
  • Berumur 18 – 55 Tahun
  • Tajaan kepada pemiliki Kad Hijau yang Masih Sah dan berstatus Pelatih Binaan & Pekerja Binaan sahaja.
  • Memiliki 6 Bulan Pengalaman Dalam Bidang Berkaitan.
  • Jika pernah mendapat tajaan CIDB, permohonan seterusnya mestilah selepas 6 bulan dari kursus yang terdahulu.
TOP