CMW2

Operasi Kren Bergerak (Lv2)

Kelayakan Dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir dan layak berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). JKKP berhak untuk menentukan syarat pendaftaran mengikut kesesuaian.

Kandungan Kursus
  • Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja/bengkel dan asas bantuan kecemasan
  • Pengenalan kepada kren
  • Alat bantu angkat
  • Isyarat dan komunikasi
  • Pemeriksaan sebelum dan selepas operasi kren
  • Langkah-langkah slinging
  • Pentafsiran carta beban
  • Pengiraan berat beban
  • Syarat perundangan berhubung operasi kren.
Syarat Permohonan Belia
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Minima menduduki peperiksaan SPM atau setaraf dengannya
  • Berumur 21–35 tahun bagi Program Belia
  • Sekurang-kurangnya memiliki Lesen Memandu Kelas ‘L’ dan keutamaan diberikan kepada pemegang Lesen Kelas 'D'
Syarat Permohonan Personel Binaan
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat Tubuh Badan
  • Boleh Membaca, Menulis & Mengira (3M)
  • Berumur 21 – 55 Tahun
  • Sekurang-kurangnya memiliki Lesen Memandu Kelas ‘L’ dan keutamaan diberikan kepada pemegang Lesen Kelas ‘D’
  • Tajaan kepada pemiliki Kad Hijau yang Masih Sah dan berstatus Pelatih Binaan & Pekerja Binaan sahaja.
  • Memiliki 6 Bulan Pengalaman Dalam Bidang Berkaitan.
  • Jika pernah mendapat tajaan CIDB, permohonan seterusnya mestilah selepas 6 bulan dari kursus yang terdahulu.
TOP