Kelayakan Dan Pengiktirafan
Pelatih yang berjaya menamatkan latihandan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir dan layak untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). SPAN berhak untuk menentukan syarat pendaftaran mengikut kesesuaian.
Kandungan Kursus
- Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja / bengkel dan asas bantuan kecemasan
- Penyediaan tapak
- Menjalankan pemasangan paip air
- Menjalankan pemasangan perpaipan sanitari
- Menjalankan pemasangan tangki air
- Menjalankan ujian & Pentauliahan
- Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan
- Menjalankan fungsi penyeliaan.