Kelayakan Dan Pengiktirafan
Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.
Kandungan Kursus
- Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja / bengkel dan asas bantuan kecemasan
- Enakmen bekalan air
- Mengenalpasti peralatan dan bahan kerja paip
- Kaedah penyambungan paip
- Mengenal radas kebersihan dan sistem pemasangan kelengkapan
- Sistem bekalan air sejuk
- Sistem bekalan air panas
- Sistem paip buangan dan pemasangannya
- Sistem buangan dan saliran
- Pemasangan salur air hujan.
