Kelayakan Dan Pengiktirafan
Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.
Kandungan Kursus
- Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja/bengkel dan asas bantuan kecemasan
- Pengenalan alat dan kelengkapan
- Pengenalan bahan-bahan kerja paip
- Penyambungan paip besi galvani
- Penyambungan paip UPVC, kuprum dan besi tuangan
- Pemasangan sistem simpanan, sinki, basin dan mangkuk tandas
- Pemasangan pancuran, sistem bekalan air panas dan sistem paip tumpu
- Kerja-kerja ikatan bata
- Pembinaan lurang
- Kerja-kerja kepingan logam
- Pemasangan salur air hujan.
