Kelayakan Dan Pengiktirafan
Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.
Kandungan Kursus
- Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja/ bengkel dan asas bantuan kecemasan
- Menyediakan bil dan bahan & perkakas yang digunakan
- Menyediakan aktiviti pra-pemasangan
- Melaksanakan kerja pemasangan elektrik dan peralatan penyaman udara
- Melaksanakan kerja pemasangan dawai terkawal
- Melaksanakan kerja paip penyejukbekuan
- Melaksanakan perkhidmatan dan kerja penyenggaraan
- Melaksanakan kerja penyelesaian masalah
- Menjalankan aktiviti pengemasan.
